Monday, August 23, 2010

Inilah perjalanan kehidupan...

Perjalanan seorang hamba, kehidupan seorang insan yang lemah. Tidak pernah kumerasa hidup seperti remaja lain, bebas melakukan apa yang diingini. Memiliki apa yang diimpikan, jauh sekali mendapat apa yang diidamkan, hanya angan-angan yang dapat ku bayangkan. Dari dulu hingga kini, tiada apa yang menarik tentang diriku, jauh sekali hidupku untuk dikongsi. Hanya sedikit coretan yang mungkin dapat ku luahkan. Nur dibesarkan bersama atok dan nenek, hmm, hidup kami sederhana tetapi kaya dengan kasih sayang. Pada saat itu Nur rasakan teramat bertuah dan bahagia yang sukar di ungkap dengan kata-kata. Nenek menjaga Nur seperti menatang minyak yang penuh. Dilakukan seperti seorang puteri. Segalanya diuruskan dengan rapi

"Ya Allah alangkah indahnya hidup disaat itu"

    Sehingga Nur meningkat remaja. Setiap kali Nur pulang dari sekolah pasti nenek menunggu Nur di hadapan tangga rumah. Bila Nur sampai, pasti nenek tersenyum serta mencium Nur, lalu membawa beg sekolah Nur serta menyediakan makanan untuk Nur. Setiap hari segalanya diuruskan olehnya. Pada suatu hari Nur rasakan ada kelainan, apabila Nur pulang dari sekolah, nenek tiada seperti biasa menunggu. Bila Nur masuk kedalam rumah, kelihatan jiran-jiran disisi nenek terlantar dengan mulutnya berot ketepi, tangan dan kaki bengkok. Ya Allah ketika itu air mata tidak mampu ditahan lagi. Nur nangis tanpa henti. "Nenek diserang Stroke". Saat itu lagi 2 minggu Nur akan menduduki SPM. Nur tidak berdaya bangun saat itu. Bila melihat orang yang selama ini menguruskan segalanya untuk Nur, kini mengharapkan bantuan dari Nur untuk menguruskan dirinya. Makan bersuap dan segalanya Nur harus lakukan, sampaikn Nur tiada masa untuk kesekolah, yang ada di benak fikiran hanyalah untuk menguruskan hal rumah. Ayahlah yang memberi semangat untuk Nur lebih sabar menempuh segala dugaan yang mendatang. Teramat banyak dugaan yang dilalui sepanjang Nur tak ke sekolah. Tohmahan kawan-kawan, fitnah juga kata-kata kotor terhadap diri Nur. Segalanya Nur telan tanpa menghiraukan segala yang mereka kata. Hinggakan tiada seorang pun yang mahu berteman dengan Nur bila Nur hadir kesekolah pada hari peperiksaan dijalankan.

    Setiap subjek yang Nur jawab hanya bertemankan tangisan yang tak mampu Nur kawal, terbayang wajah sayu nenek yang terlantar kesakitan dirumah hingga tamat peperiksaan, Nur masih lagi menangis tanpa menghiraukan org disekeliling. Tapi syukurlah, Nur lulus peperiksaan itu. Walaupun tak sehebat mana, alhamdulillah. Diam tak diam, hampir 5 tahun Nur menjaga nenek dan atok. Ayah telah membantu Nur menguruskan mereka. Setiap pagi ayah akan datang membelikan sarapan untuk kami. Ayah Nur bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas pencen askar dengan gaji yang tak seberapa. Tapi ayah tak pernah luahkan kesusahannya pada Nur.Padahal setiap hari ayah mengikat perut ditempat kerja dari jam 10 pagi hinggalah 12 tgh malam tanpa menjamah sesuap nasi. Hanya air suam sahaja yang diminum. Dirinya tidak mahu anak,isteri, ibu serta ayahnya susah, dia sanggup menanggung penderitaan sendirian..


"ayahhh, Nur rindukan saat bersama dahulu"

    Biasanya setiap pagi pasti terdengar jeritan memanggil nama Nur, atok dan juga nenek. Tapi, masuk hari ketiga, sunyi sangat. Pada hari ketiga malam ayah tak datang. "18 Feb". Kedengaran van memasuki laman rumah, Nur membuka pintu melihat siapa yang datang tanpa memikirkan apa-apa langsung di benak fikiran. Tiba-tiba Nur melihat jenazah ayah diusung teman sekerja. Ya Allah, lemah semangat Nur di saat itu. Gelap rasa dunia ini, tersandar di tepi dinding. Tiga hari menanggung kerinduan, akhirnya Nur melihat wajahnya untuk terakhir kalinya.

"ayahhhhh....Nur tak mampu teruskan hidup ini. Ya Allah, berat sungguh dugaan yang diberi"

Nur tak tau nak cakap nur seperti apa di saat itu, menangis, termenung, itu yang Nur lalui. Bila Nur teringat pesanan arwah;


"Nur mesti kuat menempuh dugaan"

Barulah Nur mula bangun kembali, hanya senyuman menutup kedukaan.

"Ya Allah, bukan mudah untuk ku hidup, tidak ku berdaya dugaan yang mencabar ini, Ya Allah Kau lindungilah diriku dengan limpahan iman agar aku tabah menghadapi dugaan, agar tidak ku terhenti di pertengahan. Ya Allah, aku tahu setiap yang menimpa diri ini ada hikmahnya, Kau lebih mengetahui segalanya, kuatkanlah aku menempuhi segalanya...aminnnn Ya Rabbal Alaaamiiin"

3 comments:

  1. segala dugaan yang dihadirkan Allah S.W.T kpd setiap hambanya, dihadirkan juga kebaikan & hikmahNya kpd hambanya yg bertaqwa.Kuatkan semangat menempuh hari mendatang dgn keimanan, yg disebaliknya trdapat 1001 hikmah & kebahagiaan didunia serta akhirat :)

    ReplyDelete
  2. btul tue...sgale dugaan tue pasti akn diblas ngan keindahan..n skrang akk bahagia skrang kan..
    mngkin ini hikmah d sbaliknnye..alhamdulillah..
    sesungguhnye Allah xkan menduga hambanye jika hambanye xmampu untuk menahannya..
    jadi kehidupan msti dteruskan dan crik n pinta la redha dri Allah kerana itu shaja yg mnjamin kite di akhirat sna... bersame-same la kite mencri redha Allah..harap kite mndapatnye...Amin..(adik)

    ReplyDelete
  3. Dulu semua tinggalkan manja abg,dan kini abg jua turut pergi tinggalkan manja....tiada lagi insan yg benar2 tulus ikhlas menyayangi manje abg,spti mana abg menyayangi manje...manje rindu semuanya

    ReplyDelete